Lama takde update, so meh sini aku kasik update. Last week aku p menjelajah Taman Negara kat Kuala Tahan, Pahang. Kami semua 14 orang yg riang gembira semuanya dikumpulkan secara random. Actually aku kenal 4 orang jer dari 14 org ni. Yang lain² semua join dari group Malaysian Backpackers Club kat Facebook. Secara tak langsung wa telah menjadi organizer tak rasmi.
Asalnya wa nak kumpul 8 org jer pasal pakej taman negara ni minimumnya 8 orang. Kurang dari tu, harga dia akan mahal laa. So wa pun post laa dekat group MBC tu. Sekali ramai plak nak join. So akhirnya terkumpullah 14 org termasuk 4 org kawan wa.
Kami berangkat pukul 8 pagi dari Gombak dan sampai di Kuala Tahan lebih kurang pukul 1 mcm tu. Settle check in chalet kami terus lunch and get ready utk aktiviti.
First day aktiviti adalah trekking ke Lubok Simpon dan mandi manda disitu. Tak jauh pun dalam 800m jer dari Mutiara Resort. Guide kami utk sepanjang disana adalah En Khairil dari ADZ Travel. Malang buat kami, malam sebelum kami sampai tu, hujan agak lebat, jadi air agak keruh mcm teh ais dan agak tinggi parasnya. Tapi kami beberapa orang redah jer berendam sikit. Jauh kot datang kan. Hehehe. Settle mandi manda, kami pun balik ke chalet utk berehat dan siap² utk aktiviti malam.
Malam menjelma, kami pun makan malam di restoran terapung atau dalam bahasa ugandanya floating restaurant, kami pun meredah lagi sungai menuju ke Mutiara Resort utk aktiviti Night Jungle Walk. Guide kami, Incik Khairil sangat banyak ilmu tentang spesis serangga, haiwan dan pokok² dalam hutan ni, so sepanjang perjalanan kami, mmg dia tak berenti bercakap sambil suluh² mencari serangga atau binatang. Malang jugak buat kami, langsung takde jumpa seekor binatang pun. Serangga banyak laa. Menurut guide, mmg kehadiran haiwan dah jarang pasal lambakan pengunjung sepanjang tahun. So binatang pun pelik tengok spesis manusia ni dan lari kedalam hutan. Kami singgah menaiki sebuah menara view point namun takde sekor haiwan pun dijumpai. Serangga banyak laa. Settle aktiviti hari pertama, balik tidoq.
Hari kedua, lepas settle breakfast suma, aktiviti kami adalah trekking ke Bukit Terisek dan Canopy Walk. Hat ni mmg awesome. Bukit Terisek ni tinggi dia takde laa tinggi mana. Lebih kurang setinggi Menara Kuala Lumpur jer. Hahaha. Ok sebenarnya aku dah lupa berapa tinggi dia tapi dalam 300+ laa. So lebih kurang Bukit Tabur jela. Separuh trek adalah menggunakan tangga yg dibina oleh Jabatan Perhilitan untuk memudahkan orang ramai trekking. Lagi separuh barulah trekking atas tanah. Sampai di puncak Terisek, boleh nampak disebalik awan puncak Gunung Tahan. Memanggil² jer Tahan ni. Maybe one day kot.
Settle trekking, kami pun turun balik ke bawah utk aktiviti Canopy Walk. Pada yg tak tau apa dia menatang Canopy Walk ni, dia adalah jambatan yg digantung diantara pokok ke pokok. Aku agak² ada laa dekat 50 meter dari tanah kot tingginyer. So dari atas ni boleh laa menikmati pemandangan sikit² and merasai pengalaman berjalan diatas jembatan yg agak bergoyang². Pucat jugak laa muka masa naik jembatan tu. Untuk pengetahuan, jambatan gantung ni langsung tidak menggunakan paku. Semua ikat pakai tali jer. Haaaaaa saspen kann. Ok penat dah menaip ni. Kena ringkaskan sikit.
Settle aktiviti pagi, kami pun balik dan lunch. Siap² utk aktiviti petang iaitu Rapid Shooting dan melawat perkampungan org asli. Aktiviti Rapid Shooting ni sebenarnya adalah menaiki bot melalui jeram² kecil sambil disimbah air. Hahaha. Mmg kompom spender basah laa. Kekekeke. So kami pun menimbah laa sepuas puasnya sampai laa ke perkampungan org asli tu. Lebih kurang dalam 1km jer kot dari chalet. Dekat rumah org asli tu kami diberi penerangan laa pasal mcm mana kehidupan diorang, tengok mcm mana diorang hidupkan api cara tradisional, buat anak sumpit. Pastu kami pun diberi peluang laa utk try menghidupkan api dan menyumpit. Wa dengan bangganya mengisytiharkan wa sebahagian dari diorang pasal suma yg wa buat menjadi. Kekekeke. Settle menyumpit, kami pun balik.
Ok mengikut pakej yg kami amik tu, itu sahaja lah aktiviti yg ditawarkan. So malam tu mmg kami rehat sahaja. TAPI......
Tapi kesokkan pagi nya, kami yg ketagihan aktiviti ni pun telah mengada² tambah aktiviti iaitu melawat Kelah Sanctuary dan mandi manda. Hahaha tak puas lagi kan nak mandi manda. Perjalanan kami ke Kelah Sanctuary mengambil masa 45 minit menaiki bot menyusuri Sungai Tahan. Memang sepanjang perjalanan kami tu scenery sangat lahhh awesome nyer. Rasa mcm nak jadi pemandu bot jer. Rilek, takde kena buat calculation, report etc. Tenang jer. Sesampainya kami di Kelah Sactuary, kami pun tabur laa makanan ikan. Baru jerr kejap bagi makan ikan, tiba² kebushhhhhhhh.
Hahaha kami pun terus mandi manda. Mmg dah tak sabar sangat dah nak mandi kan. Semua pun jenis pantang nampak air. Mmg awesome mandi manda kat situ. Sejuk giler air. Pendekkan cerita, selesai mandi manda dan bergambar mcm nak rak, kami pun balik.
Nak letak gambar kat sini kang korang muak pulak tengok post panjang² kan. So aku post video jela. Enjoy in Full HD. Babai.
No comments:
Post a Comment