Fuhhh dah lama tak update belog nih. Dah macam sarang anai² dah. Nak buat cemana kan. Takde aktiviti so takde update laa. Ok ni aktiviti latest yg aku lalui minggu lepas, 15 - 16 March 2014 iaitu jelajah berbasikal atau bicycle touring dalam bahasa mat saleh dari Balok ke Pantai Kemasik.
Actually ini adalah kali pertama aku jelajah berbasikal ni. Sebelum ni ada laa jugak kayuh basikal tapi takde laa sejauh mcm ni (mcm jauh sangat jer). So otai² bike touring di luar sana, jgn ler perli sebab aku noob lagi. Hahaha. Kasi laa tunjuk ajar sikit.
Preparation aku nak pegi touring ni takde laa complete sangat. Basikal pun tak sesuai untuk jalan jauh sebenarnya. Convert dari MTB jadi touring bike. Pasang carrier belakang, settle. Dari segi preparation stamina pun takde laa prepare sangat. Jogging dgn kayuh sikit² jer.
Kami start perjalanan dari rumah pak mentua daus di Balok Perdana Aman (kalau tak silap). Bangun tido pagi tu dah down morale pasal hujan. Haiyaaa mcm mana nak kayuh ni. Nasib baik hujan lebat tak lama, rintik² tu kami redah jer. Mula perjalanan pukul 8.47 pagi 32 saat. Perjalanan pagi yg basah tu mmg mengundang air dan lumpur merecik² ke muka dan seluruh badan. Mmg macam kerbau berkubang. Nasib baik hujan tak lama. Lepas dari Gebeng dah tak hujan.
Kayuhan diteruskan sampai laa ke Cherating. Kami singgah dulu nak tengok pemandangan dan makan tgh hari. Dekat sejam jugak laa melepak dekat situ. So far takde laa penat sangat. Lepas melantak puas², kami pun teruskan perjalanan.
Masuk pukul 1, cuaca makin panas terik. Kayuhan makin perlahan. Tenaga makin kurang. Berehat makin banyak. Aku pun dah malas nak tulis panjang². Hahaha. Pendek kan cerita, akhirnya kami sampai di Pantai Kemasik. Tayar si daus ni pulak pancit. So tukar tiub siap², mandi dekat public toilet and pacak khemah. Cuaca time tu mmg cantik. Angin pun kuat and sedap.
Malam tu dalam pukul 10 aku pun tertido dengan jayanya. Sedar² dah pukul 6 pagi. Malam tu hujan sekejap and angin kuat. Nasib baik tak roboh khemah. Mmg gelap and takde org kat kawasan tu. Kitorg berdua jer jadi gay.
Pagi tu kitorg kemas² khemah and semua barang² lain, trus kayuh balik ke rumah. Jumlah jam perjalanan pergi amik masa 10 jam. Balik pulak amik masa 6 jam jer. Settle. Kebas bontot.
No comments:
Post a Comment