Tuesday, June 11, 2013

8th June 2013 - Gunung Gap & Gunung Ulu Semangkuk

Assalamualaikum kawan² dan sesapa jer yg menyinggah ke Criminal Conviction ini. Kepada yg tertanya² kenapa aku buh nama blog ni mcm tu, aku sendiri pun tak tau kenapa. Mungkin pasal bunyi nyer sedap kot. Lagipun aku banyak dipengaruhi oleh lagu² ganas yg aku suka dengar. Yeyeahhhh.

Ok episod kali ini adalah misi pendakian dan mengumpul daki ke Gunung Gap dan Gunung Ulu Semangkuk. Untuk pengetahuan semua, kedua² gunung ini bukan lah seperti gunung pada dada wanita, tetapi ia adalah gunung semula jadi untuk menjadi habuan nafsu pendaki gunung. Hahaha apa aku merepek ni. Semula. Untuk pengetahuan semua, starting point untuk mendaki gunung ini terletak diantara Kuala Kubu Baru dan Fraser Hill berhampiran dengan Gap Resthouse. Lebih kurang lagi 8 batang rokok nak ke Fraser Hill. Puncak kedua² gunung ini pulak aku tak pasti berada dalam negeri Red Giant atau Tok Gajah. Mungkin berada di tengah² negeri ni kot. Ketinggian Gunung Gap adalah 1,183 meter dan Gunung Ulu Semangkuk adalah 1,394 meter dari paras laut.

Perjalanan kami bermula seawal 8.30 pagi kalau tak silap. Permulaan trek adalah kawasan pokok buluh perindu yg agak bahaya pasal banyak duri² yg tajam dan juga buluh runcing yg boleh merodok perut anda jika tersilap langkah. Oleh itu berhati² lah semasa melalui kawasan buluh ini. Keadaan trek agak lembap mungkin pasal hujan 2 3 hari sebelum tu. Level of slope aku agak² dalam 60 degree from ground. Perjalanan dari starting point ke puncak Gap agak steady kerana terdapat kawasan rata dan curam yg berselang seli. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam (agak² jer ni) untuk ke puncak Gap. Tiada view yg cantik. Hanyalah seketul batu bersurat dan papan tanda yg menjadi tanda itu adalah puncak Gap.

Sampai di puncak Gap, kami berehat seketika (lama sebenarnya) sambil camwhore mengalahkan pendaki Everest, HAHAHAHAHAHA, kami pun meneruskan perjalanan ke puncak Ulu Semangkuk. Untuk pengetahuan semua, terdapat lagenda di gunung ini iaitu Puteri Gunung Ulu Semangkuk yg dikatakan mempunyai gunung dada sebesar mangkuk jamban. Hahahaha jangan percaya yer. Perjalanan dari Gap ke Ulu Semangkuk mengambil masa lebih kurang 2 jam. Perjalan bermula menurini bukit dan trail yg santai mcm berjalan dekat dalam shopping kompleks. Bila hampir nak sampai puncak jer baru perjalanan agak mencanak dan ada satu tempat kena melintasi jurang celah kangkang antara gunung. Puncak Ulu Semangkuk takde laa besar mana. Tapi kami boleh memuatkan seramai 40 org beronok ronok amik gambar kat atas tu. Takde view pun kat puncak, so boleh amik gambar batang pokok jer.

Perjalanan turun pulak melalui jalan yg sama masa mendaki tadi. Lebih kurang 2 jam masa diperlukan utk sampai ke starting point. Sampai di bawah, kami ramai² naik kereta menuju ke Fraser Hill untuk mandi wajib, semayang dan menyentap nasi goreng yg bapak lama nak siap.

Sekian terima kasih.