Assalamualaikum semua. Selamat mengundi Ahad nanti. Haha. Ok hiking kali ni adalah di Bukit Tabur (Extreme) yg telah berlangsung pada 28 April lalu. Lambatnya aku update blog. Agak kebizian sikit.
Bukit Tabur (extreme) adalah puncak Bukit Tabur yg ketiga. Aku tak tau kenapa ia dipanggil extreme. Mungkin kerana laluan dia yg agak extreme kot. Tapi pada aku west lagi memenatkan.
Perjalanan kami bermula lebih kurang pukul 8.45 pagi. Laluan mendaki Tabur extreme ni ada 2 yg aku diberitahu. Tak tau laa kalau ada laluan yg lain plak. Laluan pertama melalui laluan anjing pasal laluan tu banyak anjing. Hahaha. Aku tak pasti laluan dia bermula kat mana pasal masa aku pegi ni ikut laluan kedua. Laluan kedua ni bermula di Kemensah iaitu di belakang Zoo Negara. Pada aku laluannya lebih rileks tetapi panjang.
Setelah berkumpul di Zoo Negara, kami parking di sebuah kawasan parking berhampiran Cafe Rimba Jimbara. Dari situ kami berjalan beramai² (hampir 30 orang) menuju ke puncak. Laluan bermula di perkampungan orang asli dan agak landai. Perjalanan ke puncak mengambil masa lebih kurang 2 jam kerana ahli yg ramai. Kami terpecah kepada 2 group semasa mendaki. Aku berada pada group pertama. Group kedua ketinggalan ke belakang dan pada satu kawasan, group kedua ni tersalah jalan. Nasib baik ada walkie talkie, so boleh cari jalan ke puncak. Laluan agak tricky kerana terdapat cabang dan laluan yg tidak berapa jelas. Tapi pasal ada guide yg dah banyak kali pergi situ, so senang la sikit. Nasihat aku pada yg baru first time nak pegi Tabur extreme, tolong pegi dengan org yg dah pernah pegi pasal laluan dia agak tricky. Terdapat 1 sahaja kawasan berbatu yg memerlukan penggunaan tali. Kawasan batu yg lain suma boleh panjat mcm tu jer.
Masa OTW balik pulak, hujan turun dengan lebatnya. Mmg habis basah lencun. Nasib baik aku ada bawak plastik utk bungkus henpon, camera dan semua barang yg penting². Perjalanan turun agak cepat dan menyeronokkan pasal anda boleh jogging. Enjoy jela gambar² dan video dibawah.
The best part is, I've conquered all of Bukit Tabur's peak (west, east and extreme). Yeahhh.
The best part is, I've conquered all of Bukit Tabur's peak (west, east and extreme). Yeahhh.
Perjalanan pergi.
Perjalanan balik.
No comments:
Post a Comment