Salam semua. Harap anda semua sihat ler hendaknyer. Lama plak tak update blog ni. Last post pasal hike Tabur extreme tu kan. Actually dari last post tu, ada lagi 2 kali pegi Tabur lagi tapi malas nak update pasal tempat yg sama jer kan. Kang korg bosan plak nak baca kan. Haaa kali ni post pasal tempat baru.
Tanggal 18 May haritu, aku telah berpeluang untuk mendaki Gunung Datuk yg terletak di Rembau Most Wanted Yawww, Negeri Sembilan. Ini first gunung yg aku panjat. Menurut Wiki-semuabendacarikatsitu-pedia, Gunung Datuk mempunyai ketinggian 885 meter atau 2,900 kaki mengikut ukuran Amerika.
Trip aku kali ini adalah seramai 19 org terdiri dari pelbagai golongan warga 1Malaysia. Cehh dan dan jer. Aku join trip ni pun setelah diajak oleh kawan² yg kenal masa panjat Tabur sebelum ni. Haaa kan bagus aktiviti panjat memanjat ni pasal boleh luaskan koneksion kawan dan kenal geng² baru, disamping mengeluarkan peluh² jantan dan membakar lemak yg hampir nak tepu di celah² six pack dan celah ketiak serta kangkang. Perjalanan kami bermula sejak awal pagi dimana kami berkumpul di Melawati, dan bertolak ke Ghombau pada pukul 6 lebih. Pastu kami singgah di R&R Somban untuk bersarapan dan berkumpul dengan beberapa lagi kengkawan dari kawasan lain.
Kami tiba di kaki gunung lebih kurang pukul 8 kot. Tak ingat sangat time pasal tak tengok jamban. Perjalanan menuju puncak mengambil masa lebih dari 3 jam pasal kami banyak kali berhenti rehat. Aku agak² boleh buat less than 2 jam untuk org yg dah biasa. Perjalanan mendaki adalah sangat mendaki nya. Boleh dikatakan 90% perjalanan ke puncak adalah pendakian 78.35 darjah radius dari permukan bumi dan track adalah akar² pokok yg bertingkat² serta batu² tajam sebesar betis aku. Agak mental jugak nak panjat pasal kurang kawasan landai. Tengkuk pun lenguh pasal asyik duk mendongak jer.
Sesampainya di atas, kami pun berehat dengan kit kat, asap rokok, nasi goreng, ayam goreng, nugget, air kopi, maggi, dan pelbagai lagi makanan dan jajan yg dibawa. Meriah kauuu. Ni laa yg seronok kalau pergi hiking dengan perempuan pasal depa rajin bawak makanan. Hehehehe.
Lepas dan seghonok sumbat perut dan paru², kami pun mula memanjat batu terakhir yg saiz nya lebih kurang sebesar ghumah pak aku. Besar wehhh. Panjat kena guna tangga. Pada pandangan otak aku yg bergeliga ni, proses memanjat batu besar ini laa yg paling merbahaya sepanjang trip Gunung Datuk ni pasal bahaya jatuh dalam gaung dan mati on the spot. So kepada yg nak panjat tu, berhati² la masa panjat tangga tu. Tangga tu takde la kukuh mana. Dengan berpuluh² org yg memanjat hari², lama² mesti laa tangga tu jadi fatigue kan. Perghh ayat engineering kauu. Oleh itu kalau nak selamat sila pakai safety harness atau bawak parachute sekali. Hahahaha.
Okeh stop merepek. Dekat atas batu besar ghumah pak aku tu adalah puncak tertinggi Gunung Datuk ni. Mengikut kata org, kalau keadaan cuaca yg baik, kita boleh nampak Selat Melaka yg indah dan membiru. Lagi satu keunikan diatas batu besar ghumah pak aku ni adalah kewujudan tapak kaki. Mitos mengatakan bahawasanya tapak kaki ini adalah tapak kaki Hang Tuah yg kekal disitu apabila dia melompat semasa dia bermain konda kondi. Korg jgn bangang sangat percaya pasal konda kondi ni pulak. Hahahahaha.
Selepas selesai camwhoring dipuncak, kami pun memulakan perjalanan turun. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Anda boleh berlari semasa turun tapi pastikan anda tak tersadung akar kayu yg boleh menyebabkan muka anda pecah pasal terhempas ke batu. Sendiri mau ingat. Adalah digalakkan supaya anda memakai kasut hiking jenis high cut pasal dia support sendi kaki anda. Kalau pakai yg low cut, silap hari bulan boleh tergeliat. Sekian, sila enjoy gambar-gambir dibawah. Terima kasih kepada mereka yg mengambil gambar. Wa curik gambar² korg ni.
![]() |
| panas badan |
![]() |
| kami group belakang sekali. cehh. |
![]() |
| tangga goyang² beb. |
![]() |
| i believe i can fly. |
![]() |
| ni la yg mitos kata tapak kaki hang tuah main konda kondi tu. |
![]() |
| sempoi pokcik ni pakai google welding time potong bawang. |
![]() |
| makan time. lapaq bak ang. |
![]() |
| balikkkk. |
Perjalanan pegi.
Perjalanan balik.



































No comments:
Post a Comment