Sunday, May 26, 2013

24th May 2013 - Gunung Angsi from Bukit Putus

As Salam semua. Minggu lepas aku dah pegi Gunung Mak Datuk yg mencanak² tu. Minggu ni aku ke Gunung Angsi pula. Angsi yer bukan angsa. Gunung Angsi terletak di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, mempunyai ketinggian 825 meter atau 2702 kaki dari aras laut. Mengikut hasil kajian dari alam siber, terdapat 2 route untuk menuju ke puncak Gunung Angsi ni iaitu bermula dari Bukit Putus (long trail) dan dari Ulu Bendul. Trip aku kali ni adalah melalui Bukit Putus. Trip balik pun melalui jalan yg sama. Ada certain pendaki yg memilih untuk bermula dari Bukit Putus dan turun melalui Ulu Bendul atau sebaliknya. Suka hati korang laa nak lalu mana yg penting selamat pegi dan balik.

Trip bermula pada pukul, errr aku pun tak ingat pukul berapa. Yg penting nya pagi laa. Perjalanan mendaki bermula agak mencanak tapi takde laa mencanak mcm Gunung Datuk. Canak dia lebih berpada². Dan selepas 1/3 perjalanan, canak dia dah takde sangat. Keseluruhan perjalanan lepas tu sangat rileks dan santai. Cuma perjalanan menjadi lebih panjang pasal mendaki sikit² jer. Kami sampai ke puncak dalam masa lebih kurang 1 jam 45 minit. View kat atas nak kata cantik sangat takde la, tapi ok laa. Cuaca masa kami pegi tu pun tak panas sangat dan tak pulak hujan. Mmg cool dan aman damai. Sampai atas kami berehat sambil menyentap segala makanan yg dibawa and lepas tu apa lagi, sesi camwhoring laa. Mcm² skill bergambar ada.

Perjalanan turun plak mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kepada yg suka trail run, boleh berlari sambil turun. Cuma kena hati² laa kot² tersadung akar kayu plak. Pastu jgn lari sorg² pulak. Sesat nanti. Sampai bawah, kami mandi manda kat Ulu Bendul, makan dan balik ke rumah masing².

Sekian, itu saja cerita memanjat Gunung Angsi. Terima kasih kepada organizer dan mereka² yg pemurah membawa makanan yg lazat dan DSLR untuk sesi gambar lompat. Adios.





































































Perjalanan pergi.


Perjalanan balik.