As-salam semua. Sabtu lepas aku telah sekali lagi memanjat ke Bukit Tabur. Untuk pengetahuan, terdapat 3 puncak utama yg menjadi hala tuju pendaki, iaitu Bukit Tabur West, East dan juga Extreme. Puncak tertinggi adalah setinggi 396 meter.
Pendakian aku kali ini adalah seramai 4 orang. Kami mula mendaki pada pukul 8 pagi dan selamat sampai puncak lebih kurang pukul 9.30 pagi kalau tak salah. Perjalanan ke puncak Tabur East ini adalah lebih mencabar dari Tabur West kerana perjalanannya yg lebih curam. Namun perjalanan ke puncak adalah lebih pendek dari Tabur West dan hanya satu kawasan berbatu yg memerlukan hikers menggunakan tali. Perjalanan turun juga lebih pendek, lebih kurang setengah jam, namun mungkin kerana pagi itu agak lembap, perjalanan turun lebih perlu berhati-hati kerana trail yg agak licin dan merbahaya.
Untuk mereka yg baru nak berjinak-jinak mendaki Bukit Tabur, pastikan anda membawa energy drink 1.5L. Anda juga dinasihatkan memakai glove dan kasut mendaki yg sesuai.
Sekian. Sila enjoy gambar-gambar sepanjang perjalanan kami ke puncak Tabur East. Untuk yg baru nak berjinak-jinak, boleh join kami di facebook. InsyaAllah kami akan cuba buat aktiviti seperti ini setiap minggu atau at least 2 minggu sekali. Like dan join group kami di Sounds of Nature.
| berlagak beg dan glove baru. |
| sebelum bertolak |
| nampak dak empangan klang gate kat bawah tu. nice view kan. |
| sesi bakar ubat nyamuk. |
| sounds of nature. boy band terkini yg semakin fofular. |
| satu lagi view awesome. |
| ni satu² nya tempat yg kena guna tali. atas tu dah puncak dah. |
![]() |
| mantap tak betis dgn bontot wa. hahahahaha. |
![]() |
| sini laa pentingnya pakai glove. |
| puncak dah. yeahhhh. |
| yeayyyyyyy. |
| berasap sebelum start turun. |
| boy band tengah bincang² pasal album baru. |
| laluan turun, |


No comments:
Post a Comment