Wednesday, April 24, 2013

20th April 2013 - Bukit Tabur (East)

As-salam semua. Sabtu lepas aku telah sekali lagi memanjat ke Bukit Tabur. Untuk pengetahuan, terdapat 3 puncak utama yg menjadi hala tuju pendaki, iaitu Bukit Tabur West, East dan juga Extreme. Puncak tertinggi adalah setinggi 396 meter.

Pendakian aku kali ini adalah seramai 4 orang. Kami mula mendaki pada pukul 8 pagi dan selamat sampai puncak lebih kurang pukul 9.30 pagi kalau tak salah. Perjalanan ke puncak Tabur East ini adalah lebih mencabar dari Tabur West kerana perjalanannya yg lebih curam. Namun perjalanan ke puncak adalah lebih pendek dari Tabur West dan hanya satu kawasan berbatu yg memerlukan hikers menggunakan tali. Perjalanan turun juga lebih pendek, lebih kurang setengah jam, namun mungkin kerana pagi itu agak lembap, perjalanan turun lebih perlu berhati-hati kerana trail yg agak licin dan merbahaya.

Untuk mereka yg baru nak berjinak-jinak mendaki Bukit Tabur, pastikan anda membawa energy drink 1.5L. Anda juga dinasihatkan memakai glove dan kasut mendaki yg sesuai.

Sekian. Sila enjoy gambar-gambar sepanjang perjalanan kami ke puncak Tabur East. Untuk yg baru nak berjinak-jinak, boleh join kami di facebook. InsyaAllah kami akan cuba buat aktiviti seperti ini setiap minggu atau at least 2 minggu sekali. Like dan join group kami di Sounds of Nature.

berlagak beg dan glove baru.


sebelum bertolak









nampak dak empangan klang gate kat bawah tu. nice view kan.

sesi bakar ubat nyamuk.

sounds of nature. boy band terkini yg semakin fofular.




satu lagi view awesome.




ni satu² nya tempat yg kena guna tali. atas tu dah puncak dah.
mantap tak betis dgn bontot wa. hahahahaha.

sini laa pentingnya pakai glove.





puncak dah. yeahhhh.

yeayyyyyyy.


berasap sebelum start turun.

boy band tengah bincang² pasal album baru.


laluan turun,

Monday, April 15, 2013

6th April 2013 - Bukit Tabur (West) - First Timer

Alhamdulillah pada 6 April lalu aku telah melalui satu pengalaman yg sungguh menarik. Buat pertama kalinya aku mendaki bukit. Actually bukanlah pertama kali. Masa zaman sekolah dan universiti dulu pernah jugak join hiking ni. Sebab aku kata kali pertama ni kerana setelah bertahun² aku berhenti dari aktiviti outdoor, inilah kali pertama aku mula bertapak. InsyaAllah jika ada keizinan Allah, aku akan cuba untuk teruskan aktiviti² seperti ini.

Sehari sebelum perjalanan, aku dah mula prepare barang² yg perlu dibawak seperti air, makanan, baju dan seluar spare, torch light, dan etc. Agak banyak barang yg aku bawak. Maybe sebab aku tak pernah tau Bukit Tabur tu mcm mana, so aku prepare mcm² just in case apa² terjadi. Selesai packing barang, masa untuk zZzZzZz. Tapi aku tak berapa lena tidur malam tu. Maybe sebab excited.

Esoknya seawal jam 7 pagi aku dah terpacak di McDonalds Mrr2 sebelum masuk Karak highway. Tunggu kawan² dalam 10 org dan breakfast pape yg patut, pukul 8 kami dah berada di kaki bukit. Sebelum perjalanan bermula, kami mulakan dengan sesi panas badan, stretching, dan bacaan doa. Selesai semua tu, kami pun mula mendaki.

Aku sebagai first timer dan kawan² yg lain semua dah berpengalaman mendaki. Mungkin sebab badan aku yg agak kurang fit, first stage dari 12 stage (kalau tak salah) lagi aku dah semput dan hampir nak pitam. Mmg laju jantung aku pump masa tu. Berehat dalam 20 minit, lepas dah ok sikit kami (2 org. yg lain² dah laju kedepan) pun meneruskan perjalanan perlahan-lahan. Agak banyak kali aku rest untuk stabilkan badan aku.

Perjalanan ke puncak Bukit Tabur (West) ini agak mencabar kerana track nya begitu hampir dengan tebing dan gaung yg tinggi. Sepanjang perjalanan terdapat 3 kawasan berbatu dimana anda terpaksa memanjat atau turun menggunakan tali atau besi yg telah disediakan oleh org lain yg pernah mendaki sebelumnya. Untuk pengetahuan, kawasan berbatu ini pernah juga meragut beberapa nyawa kerana terjatuh ke dalam gaung. Jadi untuk first timer, adalah dinasihatkan supaya lebih berhati² dan banyakkan berdoa. Sepanjang perjalanan juga, anda akan dapat menyaksikan pemandangan Empangan Klang Gate dan juga kawasan perumahan sekitar Melawati.

Setelah hampir 2 jam perjalanan, akhirnya kami sampai juga ke puncak. Kami meneruskan perjalanan untuk menuruni bukit kerana 8 orang lagi kawan kami telah pun turun dan sampai di kaki bukit. Perjalanan turun juga agak mencabar sampai kaki aku pun cramp beberapa kali. Kawasan turun juga agak sunyi dan dilitupi hutan yg lebih tebal berbanding semasa perjalanan naik. Setelah 1 jam menuruni bukit, kami akhirnya sampai ke tempat kami parking kereta dan setelah berehat seketika kami pun menuju ke sungai untuk mandi manda dan akhirnya pulang.

Awesome experience. Thanks to Sound of Nature.